Assalamualaikum..salam 1 Malaysia..chewahhh..ari nie entry aku berkaitan tentang contact lencs..
aku pun pkai gak..tp pkai just untuk bersukan jela..kdang2 rase mls nk pkai spek aku pkaila cntc lens nie..nie pun aku jmpe maklumat nie untuk dikongsikan bersame2...
so..kepada sesiapa yang ske bergaya sbb contact lens nie..haaa..amik info kat bwh nie..
hukum agama ada menetapkan syarat2 nk pkai..sekadar tujuan kebaikan bersama...
Peace..=p

Kepada kakak-kakak, makcik-makcik yang suka memakai contact lens bagi menaikkan seri muka, menakutkan orang, menjadi orang Belanda dan apa jua sebab, ketahuilah hukum memakai contact lens ini. jangan kerana nak cantik, hukum agama diketepikan.
ada dua kenyataan yang telah diterangkan mengenai hukum memakai contact lense ini:
1. Tujuan perubatan – iaitu orang yang memakainya kerana masalah mata yang dihadapinya, iaitu ia memakainya sebagai ganti cermin mata. Hukumnya adalah harus dengan syarat tidak mendatang mudarat kepada mata.
2. Tujuan perhiasan – iaitu memakainya sekadar suka-suka, bukan kerana keperluan (yakni bukan kerana masalah mata). Ia masuk dalam hukum perhiasan. Perhiasan diharuskan selagi tidak melanggar batasan Syara, iaitu;
a) Tidak mendedahkan aurat dan berlaku tabarruj
b) Tidak mendatangkan fitnah iaitu menimbulkan ghairah orang lain –terutamanya wanita- (yakni tidak harus wanita memakai perhiasan yang boleh mendatangkan ghairah atau mencuri perhatian lelaki kepadanya).
c) Tidak mengubah ciptaan Allah.
d) Tidak berupa penipuan atau pemalsuan.
e) Tidak menyerupai perbuatan orang kafir
f) Tidak berlebihan.
g) Tidak memudaratkan
b) Tidak mendatangkan fitnah iaitu menimbulkan ghairah orang lain –terutamanya wanita- (yakni tidak harus wanita memakai perhiasan yang boleh mendatangkan ghairah atau mencuri perhatian lelaki kepadanya).
c) Tidak mengubah ciptaan Allah.
d) Tidak berupa penipuan atau pemalsuan.
e) Tidak menyerupai perbuatan orang kafir
f) Tidak berlebihan.
g) Tidak memudaratkan
Merujuk kepada syarat-syarat di atas, sebahagian ulamak telah memfatwakan haram memakai contact lens yang berwarna (yakni mengubah warna mata yang asal) kerana ia mengubah ciptaan Allah, berupa penipuan/pemalsuan dan meniru perbuatan orang kafir di samping ia memudaratkan sebagaimana disahkan oleh para doktor sendiri. Di tambah lagi bagi perempuan, ia boleh menimbulkan fitnah (iaitu mencuri perhatian lelaki kepadanya).
Comments
Post a Comment