ADAT MENCIUM DAHI ISTERI SELEPAS AKAD NIKAh
Adat mencium dahi isteri selepas akad nikah boleh ditukarkan dengan laksanakan sunnah Rasulullah s.a.w. ini iaitu meletakkan tangan di atas ubun isteri sambil membacakan doa ini yang maksudnya :
- “Ya Allah, aku bermohon kepadamu kebaikannya dan kebaikan yang Engkau ciptakan padanya dan aku berlindung padaMu daripada keburukannya dan keburukan yang Engkau ciptakan padanya”. [Abu Daud, Ibn Majah- Hadis sahih-]
Rasanya suami tidak perlu mencium dahi isterinya di hadapan khalayak selepas majlis akad nikah,lebih-lebih lagi semasa di dalam Masjid.
Pada pandangan saya adalah lebih beradab dan menjaga maruah isterinya jika perkara tersebut dilakukan ketika sedang berdua sahaja dengan isteri.
Dengan begitu suami boleh melakukannya dengan lebih ikhlas dan romantik. :)
Pada pandangan saya adalah lebih beradab dan menjaga maruah isterinya jika perkara tersebut dilakukan ketika sedang berdua sahaja dengan isteri.
Dengan begitu suami boleh melakukannya dengan lebih ikhlas dan romantik. :)
Tetapi apa yang saya lihat di Malaysia, biasanya setelah akad nikah pengantin lelaki akan memakaikan cincin dan gelang (kalau ada) kepada pengantin perempuan.
Kemudian pengantin perempuan akan mencium tangan suaminya. Posing ini memakan masa beberapa minit kerana jurugambar perlu menangkap gambar dari pelbagai sudut. Termasuk jurugambar yang tidak bertauliah.
Setelah itu suami akan mencium (biasanya dahi) isterinya di hadapan khalayak sama ada atas kehendak sendiri ataupun di atas permintaan saudara-mara dan mungkin rakan yang kononnya merasa bahawa perkara itu adalah romantik, tidak boleh tidak, hanya sekali seumur hidup, tiada salahnya, biasa sahaja, walaupun pada masa tu dia dalam Masjid.
- Apakah ini berakhir di sini?
Bagi sesetengah orang jawapannya ya. Tapi tidak bagi sebahagian yang lain.
Gambar tadi akan di upload ke dalam facebook oleh pasangan pengantin itu atau mungkin ahli keluarga dan juga rakan untuk menjadi tayangan kepada khalayak yang lebih ramai di dunia maya.
Dalam hal ini bakal pasangan suami dan isteri boleh berbincang dan berpakat sebelumnya.
Kehendak sanak saudara itu boleh dijangkakan. Jadi walaupun mereka memaksa, jika pasangan tetap dengan pendirian dan kesepakatan insyaAllah tiada masalah.
Kehendak sanak saudara itu boleh dijangkakan. Jadi walaupun mereka memaksa, jika pasangan tetap dengan pendirian dan kesepakatan insyaAllah tiada masalah.
Sekadar isteri mencium tangan suami rasanya sudahpun memadai.
Biarlah malu yang menjadi pakaian pasangan pengantin ketika itu.
Biarlah malu yang menjadi pakaian pasangan pengantin ketika itu.
Pernikahan adalah suatu ibadah. Maka biarlah segala prosesnya berlangsung tanpa menyalahi akidah, syariah dan akhlak islamiyyah.
Semoga tips dan sedikit info ini dapat dijadikan sebagai pedoman dan pengajaran kepada kita semua supaya setiap perkahwinan yang dibina di redhai dan di berkati oleh Allah SWT..Aminn..
Wallahualam..kongsikan dengan semua…♥
Comments
Post a Comment