Istikharah Permulaan Cinta


Ramai yang selalu keliru dalam bercinta. “Siapa jodoh aku?” ” Biar betul dia calon pendamping aku?”.
Soalan-soalan demi soalan diajukan kepada diri sendiri tanpa ada jawapan yang tercipta.Cinta itu tidak perlu dipaksa kerana hati ini milik Allah.
Allah yang memegang hati ini,Allah yang memasukkan cinta dan menerbitkan cinta di hati ini jadi berhentilah memaksa seseorang mencintaimu tetapi mintalah dengan Allah agar dilabuhkan rasa cinta itu ♥
Apa kata dari asyik biar diri dibelenggu persoalan,kita ubah sedikit.Tanya pula pada Allah tapi macam mana nak tanya pada Allah?
Itulah adanya solat istikharah. Sebenarnya solat istikharah ini bukan hanya untuk mencari jodoh sahaja.Apabila rasa keliru dalam meentukan siapa pasangan kita,kita digalakkan melaksanakan solat istikharah.
Solat istikharah bertujuan meminta petunjuk dari Allah pilihan yang paling baik kerana Allah Maha Mengetahui.
Tapi bila nak kerjakan solat istikharah ni? nak tahu ?
Sebenarnya solat istikharah ini boleh dilakukan berulang-ulang kali sehingga kita sudah dapat jawapannya.
Jawapan boleh datang dengan pelbagai cara seperti getaran hati dan mimpi.Waktu paling afdhal bagi mengerjakan solat istikharah ialah 2/3 malam.Sewaktu orang lain enak dibuai mimpi kita bangun mencari jawapan dari Illahi.

DOA SOLAT ISTIKHARAH

Doa Solat Istikharah
Solat istikharah sangat mudah dilakukan.
Dua rakaat sahaja.Rakaat pertama dialunkan surah al-Fatihah dan surah al-Kafirun manakala rakaat kedua diperdengarkan bacaan surah al-Fatihah dan surah al-Ikhlas.
Solat istikharah amat mudah dilaksanakan cuma perlu dilakukan secara istiqomah namun tidak ramai yang memilih untuk mengerjakannya.
Lebih ramai yang gemar ucap, “I love you” dan menunggu respon sahaja tanpa menyerahkan urusan jodoh pada Allah.
Jadikanlah istikharah sebagai permulaan cinta anda

Comments

Popular Posts