Punca Masalah Perut Buncit
Haa jgn main-main..sensitif kalau cakap bab-bab perut buncit ni. Yela mungkin ramai yang mengalaminya dan mungkin juga tidak. Yang tidak tu banyak-banyak kan lah bersyukur kerana anda mempunyai badan yang tip top gitu. (Eh yeke)
Lelaki mahupun wanita , pasti mempunyai masalah perut buncit. Tak kiralah buncit sikit ke buncit banyak ke tapi pasti mengalami masalah buncit . Jangan nak tipu kata badan anda tu solid molid macam orang Korea tu ok. Sekarang cuba kita selami satu persatu apakah yang menjadi punca utama perut buncit ini.
Gaya Hidup
Jadi apakah yang dimaksudkan dengan gaya hidup ni? So gaya hidup di sini bermaksud pola pemakanan anda tidak seimbang. Yela,makan fast food,lepas tu makan ikut suka hati bila nak makan. Tengah malam lapa pun still makan makananyang berat. Macam mana perut tu tak BUNCIT mak cik dan pak cik oi. Bukan itu sahaja , malah bila kita makan tidak seimbang dengan aktiviti seharian kita, ia akan mengakibatkan lebihan kalori disimpan sebagai lemak dalam sel sel lemak. Jadi lepas ni kalau agak agak duduk rumah,online,tengok tv tanpa membuat sebarang aktiviti , tak payah makan banyak banyak ye.
Usia
Alamak, semakin tua semakin buncit? Ohh tidak. Secara semulajadi,aktiviti seseorang akan berkurang seiring dengan pertambahan usianya. Bahkan jisim otot akan turut berkurangan disebabkan aktiviti yang semakin berkurangan. Ini menjurus kepada pertambahan berat badan dan ukur lilit perut. Ini fakta ok. Tapi jika seseorang itu mengamalkan gaya hidup yang sihat, mungkin faktor usia tidak menjadi punca utama perut buncit. Betul tak?
Hormon
Stress? Kurang tidur? juga boleh menyebabkan perut buncit. Ohh ini bahaya, mana boleh hidup tanpa stress. Tetapi ini lah hakikatnya bahawa stress dan kurang tidur akan menyebabkan lemak perut bertambah. Tabiat kuarang tidur akan meningkatkan produksi hormon kortisol dalam otak dan sekali gus menyebabkan penimbunan lemak perut. Ok lepas ni tak mau stress ye.
Makan bersulam air
Ini adalah perkara biasa bagi sesetengah individu. Mungkin mereka sudah terbiasa makan bersulam kan air, tetapi adalah penting bagi mereka untuk mengetahui bahawa ini akan menyebabkan perut buncit dengan kadar yang segera. So lepas ni makan sampai habis, baru minum air ok.Baru lah makanan tu boleh cepat hadam.
Mungkin banyak lagi faktor yang menyebabkan perut buncit tetapi 3 faktor diatas merupakan pemangkin utama masalah perut buncit yang dialami oleh ramai orang. Faktor-faktor lain ju Jadi mulakan lah gaya hidup yang sihat dengan mengamalkan cara pemakanan yang seimbang dan bekhasiat bagi menjamin kesihatan yang cemerlang.
Comments
Post a Comment